Sidebar

18
Sun, Feb
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Pejabat Wilayah Langat/Sepang

Tools
Typography

Fungsi Dan Peranan Pejabat Wilayah Langat/Sepang

  1. Mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan berdasarkan Enakmen LUAS 1999.
  2. Memberikan maklumbalas dan menjalankan lawatan tapak bagi setiap isu aduan yang diterima di Wilayah Langat dan Sepang.
  3. Menyediakan dan melaksanaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM).
  4. Menyelaras dan mengawalselia penguatkuasaan punca pencemaran melalui Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Negeri Selangor dan Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran Lembangan Sg. Langat.
  5. Menguruskan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor (utama).
  6. Menyiasat dan menyediakan laporan makluman sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan kepada Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna setiap kali henti tugas loji.
  7. Menganalisa dan memantau Paras Air Empangan Sg. Semenyih dan Empangan Sg. Langat.
  8. Menyelia dan memantau Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PAMPS) serta merekod bacaan meter secara bulanan.
  9. Menjalankan pemantauan berkala di kawasan penanaman bakau berdasarkan Pelan Strategi Persisiran Pantai.