Sidebar

21
Sun, Jan
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Unit Pendakwaan Dan Pelesenan

Tools
Typography

Fungsi Dan Peranan Unit Pendakwaan Dan Pelesenan

Perundangan Dan Pendakwaan

  1. Mengendalikan kes-kes mahkamah iaitu perbicaraan, rayuan, permohonan dan semakan jenayah.
  2. Mengkaji dan menyelia kertas siasatan bagi memutuskan sama ada sesuatu pertuduhan perlu dilakukan atau sebaliknya.
  3. Memberikan arahan dan nasihat kepada pegawai dan kakitangan penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan penyiasatan dan pendakwaan jenayah.
  4. Mewakili Lembaga dalam semua tindakan sivil dan dalam perkara-perkara mengenai kepentingan awam.

Nasihat dan Gubalan

  1. Memberi nasihat dan ulasan berkaitan perundangan.
  2. Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti perjanjian, kontrak, triti dan memorandum persefahaman yang dalamnya Lembaga merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Lembaga dilindungi.
  3. Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Lembaga.
  4. Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Lembaga terutamanya projek penswastaan dan ICT.
  5. Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang, kepada kedua-dua pihak iaitu Lembaga dan agensi bukan Kerajaan.
  6. Menyemak prosedur dan tatacara kerja dalaman Lembaga yang berkaitan dengan perundangan supaya selari dengan Peruntukan Perundangan yang berkuatkuasa.
  7. Menggubal dan menyemak perundangan utama dan perundangan subsidiari dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.
  8. Menggubal dan memastikan dokumen berkaitan pewartaan kawasan di bawah Enakmen LUAS dalam keadaan teratur.
  9. Menterjemah kontrak, perjanjian triti dan memorandum persefahaman dan dokumen undang-undang yang lain daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa kebangsaan dan sebaliknya.

Pelesenan

  1. Menyelaras permohonan lesen abstraksi air.
  2. Menyelaras permohonan lesen kemasukan dan pengeluaran bahan pencemar.
  3. Menyelaras permohonan Kebenaran Bertulis.
  4. Menyelaras ulasan cuci pasir.
  5. Memantau tempoh masa permohonan –permohonan lesen/ Kebenaran Bertulis/ ulasan di proses.
  6. Menyemak dokumen yang lengkap untuk di proses.
  7. Membantu unit–unit teknikal dalam memberi khidmat nasihat dari segi pelesenan kepada pemohon.
  8. Menyediakan lesen untuk setiap permohonan dengan kawalan keselamatan (No. Siri).
  9. Menyediakan pangkalan data pelesenan.
  10. Menguruskan sebarang urusan pindaan lesen atau salinan lesen kepada pemohon.

  • Norfazilah Binti Shaharudin

    Norfazilah Binti Shaharudin

    Pegawai Undang-Undang Gred L41
    • Siti Maryam Binti Kamarudin

      Siti Maryam Binti Kamarudin

      Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
      • Nurulain Binti Ahmad Ngasri

        Nurulain Binti Ahmad Ngasri

        Pembantu Tadbir Gred N19
    • Azimah Binti Ahmad Tarmizi

      Azimah Binti Ahmad Tarmizi

      Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29