Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo
Soalan Lazim

LUAS merupakan singkatan kepada Lembaga Urus Air Selangor, sebuah agensi di bawah kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara sumber air,lembangan sungai, perairan pantai dan alam sekitarnya.

LUAS diperkasakan dengan perundangan dan kuasa penguatkuasaan berdasarkan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 dengan 17 fungsi utama. Berdasarkan Enakmen LUAS 1999, dapat dirumuskan kepada :-

    1. Menyelaras perhubungan dan kerjasama pelbagai agensi dalam negeri;
    2. Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek kerajaan;
    3. Menjaga kepentingan negeri dalam hal ehwal sumber air;
    4. Pengawalseliaan melalui perlesenan mengenai sebarang kegiatan dan aktiviti yang berhubungan dengan sumber air; dan
    5. Pengawalseliaan melalui penguatkuasaan.

LUAS merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri yang menguruskan sumber air seperti sungai, tasik dan perairan pantai di Negeri Selangor manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) merupakan sebuah syarikat swasta yang diberikan konsesi oleh kerajaan untuk menguruskan hal ehwal pembekalan air bersih kepada pengguna sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Aktiviti-aktiviti utama yang LUAS jalankan adalah:-

    1. Pelesenan dan caj abstraksi sumber air.
    2. Kebenaran bertulis bagi aktiviti-aktiviti pengubahan sumber
    3. Pelesenan pelepasan atau kemasukan bahan pencemar.
    4. Pelesenan navigasi jalan air pedalaman.
    5. Pelesenan pelencongan air bagi janakuasa elektrik.

Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu atau dikenali dengan Integrated Water Resource Management (IWRM) merupakan satu proses yang menggalakkan keselarasan di dalam pembangunan dan pengurusan air, tanah dan sumber yang berkaitan ke arah memaksimumkan ekonomi dan kebajikan sosial di dalam cara yang sama tanpa kompromi terhadap kelestarian ekonomi yang utama.

Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu merupakan satu pendekatan di dalam pengurusan sumber air yang mengambil kira segala aspek yang berhubung dengan sumber termasuklah aktiviti sosial dan ekonomi. Ianya adalah suatu skop yang luas yang tidak hanya merangkumi air, malahan juga aspek pengurusan alam sekitar seperti isu guna tanah, kawalan pencemaran, tekanan pembangunan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi.

Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu secara ringkasnya boleh didefinisikan sebagai satu system pengurusan sumber asli dan alam sekitar yang mengamalkan pendekatan secara bersepadu, holistik dan proses perancangan secara interaktif di dalam menangani isu pengurusan yang rumit di dalam kawasan pantai.