Sidebar

PROGRAM JOM GOTONG ROYONG ORS KAMPUNG HANG TUAH

Alat
Tipografi

Pada awal tahun 2018, Lembaga telah mengemukakan cadangan untuk menjadikan Off River Storage Kampung Hang Tuah sebagai tapak pendidikan, sukan air dan rekreasi sumber air negeri Selangor. Unisel telah dilantik sebagai rakan utama untuk menggerakkan program cadangan tersebut. Sebagai permulaan, pada 12 April 2018, satu program gotong royong untuk menanam rumput di ORS Kampung Hang Tuah telah diadakan bersama Unisel, penduduk sekitar, NGO, RELA Daerah Kuala Selangor, LUAS, JPS Kuala Selangor, wakil JKKK dan beberapa pihak secra suka rela juga telah turut serta. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor Unisel dan disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah Perancangan dan Pembangunan LUAS, En. Nor Zamri.

Konsep Jom Gotong Royong ini memerlukan setiap peserta untuk membawa peralatan menanam, cawan dan bekas makanan sendiri. Ini bagi mendidik para peserta supaya tidak menggunakan botol-botol plastik. Sumbangan rumput adalah hasil dari kutipan oleh semua ahli dan tidak meminta dana dari pihak kerajaan. Ini akan mendidik para peserta mempunyai rasa tanggungjawab dalam menguruskan harta bersama. Untuk makluman, ORS Kampung Hang Tuah ini telah diangkat sebagai Juara Kategori dan Juara Premier di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Selangor.

 IMG 20180413 WA0010  IMG 20180413 WA0011 

  1. INFO EMPANGAN