Sidebar

MINI KARNIVAL SUNGAI SELANGOR 2016

Alat
Tipografi

Pada 9 Oktober 2016 yang lalu, pihak MDHS telah menganjurkan satu program mini karnival Sungai Selangor bertempat di Alor Lempah, Ampang Pecah. Pihak LUAS telah dijemput untuk menyertai pameran dan memeriahkan lagi program tersebut. Pelbagai acara dijalankan sepanjang program berlangsung dari jam 9 pagi sehingga jam 5 petang. Antara aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan Larian Sungai Selangor (1km), Pertandingan Tubing (1KM), Pertandingan Tarik Tali Dalam Air, Menara Manusia, Memanah, Tankap Anak Itik, Pertandingan Selfie Keindahan Alor Lempah, dan pelbagai lagi acara yang lain. Program ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan sumber air dan juga sebagai salah satu program untuk mempromosikan Hulu Selangor sempena Tahun Melawat Hulu Selangor 2017.

 

mini1  mini2  mini3  mini4