Sidebar

PERASMIAN KOLAM TAKUNGAN HILIRAN 'OFF RIVER STORAGE' (ORS), KAMPUNG HANG TUAH

Alat
Tipografi

Pada 17 November 2016, satu Majlis Perasmian Kolam Takungan Hiliran ‘Off River Storage’ (ORS) di Kampung Hang Tuah, daerah Kuala Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Norzamri bin Sondor, Pemangku Pengarah LUAS disaksikan oleh Encik Ahmad Fairuz bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Setiausaha (Unit Pengurusan Bencana, SUK). Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut adalah dari Air Selangor, SPLASH, KSSB, JPS, RELA, Polis PTDdan JKKK. Pembinaan kolam takungan ini adalah salah satu usaha LUAS bagi menjamin keperluan sumber air bagi LRA Bukit Badong dan Sungai Selangor.Selain itu, ORS ini dapat menjimatkan kos Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK), tidak perlu mengepam air sungai ke kolam, dapat juga menampung air larian banjir, mengurangkan kebergantungan kepada pelepasan empangan SSD&STD serta dapat menyimpan air yang banyak dan dapat meningkatkan kualiti air sungai (kurangkan air tercemar). ORS juga telah mengoptimakan kerja-kerja membesarkan/mendalam/menyambung kolam Hang Tuah 1 hingga hang tuah 7 telah segera dilakukan oleh Kumpulan Semesta (KSSB) yang mana dapat disiapkan dalam masa 3 minggu sahaja.

IMG 20161118 WA0003 IMG 20161118 WA0015