Sidebar

LORI TANKER TERBALIK DI LEBUHRAYA KARAK

Alat
Tipografi

06/07/2017 - Laporan lori tanker terbalik di Lebuhraya Karak menghala dari Kuantan ke Kuala Lumpur - Gombak, Selangor. Tindakan segera oleh LUAS, Air Selangor dan pihak-pihak berkenaan sedang dilaksanakan bagi mengelakkan tumpahan minyak berlarutan ke dalam sungai berdekatan iaitu Sungai Pisang. Pemantauan mendapati minyak memasuki anak Sungai Pisang. Tindakan persediaan memasang oil boom telah dibuat dengan kerjasama dari pihak Air Selangor. Pihak LUAS telah memasang absorbent pad untukmenghalang aliran minyak diesel ke sungai berhampiran. Dimaklumkan bahawa keadaan cuaca hujan di tapak. Pihak LUAS mendapati tangki lori kosong kosong akibat dari kemalangan tersebut. Sehingga kini keadaan di tapak adalah terkawal.