Sidebar

KEMALANGAN DI KM 429 LEBUH RAYA UTARA SELATAN

Alat
Tipografi

Dimaklumkan berlaku kemalangan sekitar jam 12 tengah malam tadi di KM 429 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang melibatkan sebuah lori tangki muatan minyak soya 42 tan dilanggar oleh sebuah lori kontena. Kemalangan tersebut menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki lori tersebut dan sekitar 40 tan minyak telah tumpah dan mengalir masuk ke dalam longkang berhampiran. Pihak LUAS sedang mengambil tindakan bermula pada jam 6 pagi tadi untuk menghalang minyak yang tumpah tersebut daripada terus mengalir ke sungai berdekatan iaitu Sg. Guntong. Kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan segera dengan bantuan pihak PLUS.