Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Operasi Pengepaman Kolam (OPAK)

Alat
Tipografi

Pengenalan Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK)

Pasukan Petugas Sumber Air Alternatif telah ditubuhkan pada 16 September 2005 untuk mengenal pasti kolam, tasik, bekas lombong dan juga sumber air bawah tanah yang sesuai dibangunkan sebagai sumber air alternatif untuk bekalan air dan seterusnya merangka Pelan Tindakan yang perlu bagi pengurusan sumber alternatif tersebut.

Objektif pembangunan sumber air alternatif ialah menyediakan sumber air tambahan daripada kolam, tasik, bekas lombong dan air bawah tanah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air semasa berlakunya musim kemarau atau krisis air di Negeri Selangor.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bil 39/2009 bertarikh 9 Disember 2009 telah meluluskan kolam di tanah milik Kerajaan Negeri/anak syarikat Kerajaan Negeri sebagai ‘Zon Perlindungan’ di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 untuk tujuan sumber air alternatif.

Lanjutan daripada penurunan paras empangan air di Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi bermula Februari 2014 berikutan musim kering yang dialami, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengambil inisiatif untuk menggunakan sumber air daripada kolam bekas lombong untuk menampung keperluan air di muka sauk yang terlibat.

Pihak Lembaga telah mengenalpasti beberapa kolam bekas lombong yang telah diwartakan sebagai sumber air alternatif dan yang berpotensi untuk menyalurkan air ke Sungai Selangor. Sebanyak 10 kolam yang telah dikenalpasti dan kerja-kerja pemasangan pam/pontoon telah dimulakan sejak 25 Februari 2014 dan operasi sepenuhnya bagi pengepaman air kolam ke Sungai Selangor dimulakan pada 13 Jun 2014.