Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PAMPS)

Alat
Tipografi

Pengenalan

Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PAMPS) ini merangkumi pemindahan air mentah dengan kapasiti 1890 JLH dari Sungai Semantan di Pahang menggunakan lapan (8) unit pam beroperasi dan empat (4) unit pam tunggu sedia berkapasiti 300 JLH setiap unit yang kemudian disalurkan melalui terowong berdiameter 5.2 meter sepanjang 44 km dan seterusnya disalurkan ke Sungai Langat.  Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini adalah kerana penurunan paras air Sungai Langat disebabkan ketiadaan hujan di sekitar kawasan tadahan dan menyebabkan kadar pencairan berkurangan di dalam sungai. Walau bagaimanapun, jangkaan siap projek PAMPS ini adalah pada tahun 2019.

Sehubungan itu, Projek PAMPS sebanyak 500 JLH  dijalankan sebagai mitigasi awal bekalan air semasa musim kering. Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor sebanyak 500 JLH akan membantu dalam menangani masalah krisis air terutamanya semasa musim kering dengan meningkatkan paras air Sungai Langat dan menurunkan kadar kepekatan ammonia yang menjadi faktor utama henti tugas LPA utama di lembangan Sungai Langat.

Muka sauk Sungai Semantan

Rajah Skematik Operasi Penyaluran Air Pahang-Selangor

 Tujuan PAMPS mengaktifkan penggunaan sehingga 500 JLH Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PAMPS) berdasarkan situasi berikut dengan mengambilkira pengepaman daripada Empangan Sungai Semenyih sebanyak 70 JLH ke Sungai Lui yang akhirnya akan masuk ke Sungai Langat:

  1. Sekiranya kapasiti empangan berada pada paras 45% takungan. (Peratus kapasiti kritikal Empangan Sungai Langat adalah 26.74%);
  2. Sekiranya parameter ammonia di dalam Sungai Langat melebihi 1.5 mg/l;

 

Bacaan meter bersama akan dijalankan pada minggu pertama setiap bulan

 

Muka sauk Sungai Semantan

Muka sauk Sungai Semantan

 

Muka sauk Sungai Semantan

Terowong air PAMPS masuk ke Sungai Langat