Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Pelan ICM

Alat
Tipografi

Pengenalan ICM

Projek Pengurusan Bersepadu Pantai Pelabuhan Klang (ICM-Integrated Coastal Management)  merupakan program kerjasama teknikal di antara Kerajaan Negeri Selangor dengan pihak   Partnerships in Environmental Management for the Seas of East Asia (PEMSEA) melalui Memorandum Perjanjian pada tahun 2001.

Pelabuhan Klang (merangkumi daerah Klang dan Kuala Langat) telah dipilih sebagai Tapak Demonstrasi Kebangsaan bagi Projek ICM.  Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertindak sebagai Pejabat Pengurusan Projek manakala Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat secara langsung dan melaksanakannya di samping jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sektor swasta dan NGOs. Pelan ini telah diguna-pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas mendapat kelulusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 24 Julai 2007.

ICM Klang-Kuala Langat

Projek yang dimulakan pada tahun 2001 ini telah melalui beberapa fasa iaitu preparing, initiating, developing, adopting dan implementing sebelum ke fasa terakhir iaitu refining and consolidating.

Pada masa kini, Pelan ICM ini berada pada fasa pelaksanaan (implementing) di mana pihak LUAS bertindak sebagai penyelaras bagi setiap Pelan Tindakan yang telah dihasilkan.

Bengkel Semakan Semula Pelan ICM Klang dan Kuala Langat pula telah diadakan pada 27hb April 2010 dan dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Kuala Langat. Antara tujuan utama bengkel adalah:

  1. Bagi menyemak semula pelan-pelan tindakan serta strategi-strategi yang telah dihasilkan agar masih relevan dengan bidangkuasa jabatan-jabatan yang terlibat.
  2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap agensi di dalam pelaksanaan Pelan ICM Klang dan Kuala Langat.
ICM Kuala Selangor-Sabak Bernam

Pelan Pengurusan Bersepadu Pantai bagi Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor ini merupakan replikasi dari Pelan Pengurusan Bersepadu Pantai bagi Daerah Klang dan Kuala Langat yang telah dihasilkan melalui kerjasama di antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan GEF-IMO-Partnership in Environmental Management for The Seas of East Asia (PEMSEA) di mana Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) adalah sebagai Pemegang Berkepentingan Utama (Main Stakeholders).

Projek ini telah dimulakan pada Disember 2010 dengan pelaksanaan Bengkel Strategi dan Pelan Tindakan bagi Daerah Sabak Bernam pada 20 dan 21hb Disember 2010 bertempat di Sabak Bernam Mini Convention Centre (SBMCC) dan dirasmikan oleh YDP Majlis Daerah Sabak Bernam.

Bengkel kedua diadakan di Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kg. Kuantan pada 1hb Mac 2011 dan telah dirasmikan oleh YB Puan Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal-ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

Bengkel Gabungan Pelan Strategi ICM bagi kedua-dua daerah telah dijalankan pada 31hb Mei 2011 bertempat di Grand Ballroom, De Palma Hotel Kuala Selangor telah dirasmikan oleh YB Tuan Edward Lee, Pembantu EXCO Pelancongan, Hal-ehwal Pengguna dan Alam Sekitar yang mewakili YB Puan Elizabeth Wong.

Selain daripada Pelan Strategi, projek ICM ini turut melibatkan beberapa sub-projek antaranya Pelan Pengezonan Guna Pantai (ICUZP), Kajian Penilaian Risiko (Initial Risk Assessment), dan Information, Education and Communication di mana mendapat kerjasama daripada pihak PEMSEA yang sudi menghantar 3 orang tenaga pengajar dari Filipina dan Indonesia.

Projek ICM bagi daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam ini akan dilaksanakan mengikut perancangan dan dijangka dapat dimuktamadkan pada awal tahun 2012 dan pihak MDKS serta MDSB dijangka dapat menandatangani Piagam PNLG di Korea pada Julai 2012 bagi menandakan bahawa Kuala Selangor dan Sabak Bernam telah melaksanakan Pelan ICM dan dapat dimasukkan dalam peta ICM bagi Asia Tenggara.

Program ICM

PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH ICM :

  1. Program pemantauan spesis belangkas (program penjagaan sumber air melalui projek pemuliharaan spesis belangkas dan ekosistem marin).
  2. Program pembersihan pantai tahun 2008-2010.
  3. Program pemuliharaan sumber air melalui kitar semula sisa minyak masak kepada biodiesel.
  4. Program penanaman pokok bakau.
  5. Bengkel semakan semula pelan ICM klang dan kuala langat.
  6. Bengkel ICM kuala selangor dan sabak bernam