Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Pelan Strategik ICT LUAS

Alat
Tipografi

Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) digubal untuk tempoh empat (4) tahun bermula pada tahun 2013 hingga 2016.PSTM ini merupakan blueprint ICT yang dibangunkan untuk menyokong Pelan Strategik Lembaga agar  perancangan  dan pembangunan ICT selari dengan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang oleh Lembaga. Pelan ini menyokong visi ICT Sektor Awam dan digubal berasaskan Pelan Strategik Lembaga, Manual Prosedur Kerja, Fail Meja, Rancangan Kerja Tahunan (RKT), Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan dokumen lain yang berkaitan.

Menerusi pelan ini, lembaga dapat menetapkan halatuju pembangunan dan penggunaan ICT, melaksanakan pembangunan ICT dengan lebih terancang dan sistematik serta menjadi sumber rujukan untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Lembaga.

Bagi memastikan visi dan misi Lembaga tercapai, sebanyak empat (4) teras ICT dibentuk iaitu :

Tujuan PSTM ini digubal adalah untuk :

  1. Strategik ICT 1 : Pemantapan infrastruktur dan keselamatan ICT.
  2. Strategik ICT 2 : Pemantapan kualiti perkhidmatan menerusi sitem kerja secara elektronik.
  3. Strategik ICT 3 :Pemantapan sistem pengurusan data dan maklumat secara bersepadu dan komprehensif.
  4. Strategik ICT 4:Pemantapan Modal Insan dan Pembudayaan ICT.

Setiap teras strategik ICT mempunya beberapa program dan aktiviti yang dirangka meliputi segala aspek yang difikirkan perlu dilaksanakan termasuklah penggunaan teknologi ICT terkini, projek-projek sistem aplikasi dan infrastuktur ICT.

Muat Turun