Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Pelan Strategik Pencegahan Rasuah

Alat
Tipografi

Pelan Strategik Pencegahan Rasuah (PSPR) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 2016 - 2018 melibatkan tempoh tiga (3) tahun dirangka bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaras dengan hasrat LUAS untuk memastikan setiap pegawai / kakitangannya melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh integriti. PSPR ini digubal secara bersepadu merupakan tindakan usaha dalaman pihak LUAS untuk memerangi gejala rasuah dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat pengurusan organisasi LUAS sendiri.

Objektif PSPR LUAS 2015-2018 ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemantapan tahap integriti setiap warga LUAS. Apa yang terkandung dalam PSPR ini adalah pelaksanaan program dan aktiviti yang bersesuaian bagi menerapkan nilai-nilai murni dan integriti terutama dalam membanteras perlakuan negatif termasuk gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Muat Turun