Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO)

Alat
Tipografi

PENGENALAN

Pelaksanaan standard MS ISO 9000 di agensi-agensi Sektor Awam telah bermula sejak tahun 1996 melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1996 bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam”, bertarikh 11 Julai 1996. Pelaksanaan MS ISO 9000 pada ketika itu adalah berasaskan salah satu pensijilan berikut iaitu MS ISO 9001 atau MS ISO 9002 atau MS ISO 9003 versi 1994.

Selaras dengan penambahbaikan standard oleh ISO dalam tahun 2000, pelaksanaan standard MS ISO 9000 di Agensi-Agensi Sektor Awam Malaysia telah beralih kepada pensijilan MS ISO 9001:2000. Arahan peralihan kepada pensijilan MS ISO 9001:2000 telah dikeluarkan melalui Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) Bil. 2 tahun 2002 bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam”, bertarikh 16 Disember 2002. LUAS melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti Dalam memberikan perkhidmatan Pengurusan Abstraksi Air Bumi & Permukaan. Sistem ini didokumenkan di dalam 4 peringkat iaitu Manual Kualiti, Manual Prosedur Operasi, Dokumen Sokongan dan di sokong oleh dokumen Rekod Kualiti.

Pada bulan Oktober 2008, ISO telah mengeluarkan Standard ISO 9001:2008 yang merupakan penambahbaikan kepada standard ISO 9001:2000. Penambahbaikan ini meliputi penerangan dan penjelasan yang lebih terperinci terhadap beberapa keperluan standard tertentu. Berikutan itu, Jabatan Standard Malaysia telah mengeluarkan Standard MS ISO 9001:2008 untuk diterima pakai oleh semua organisasi di Malaysia termasuk agensi-agensi Sektor Awam. Perubahan tersebut akan menyebabkan semua pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 akan luput pada akhir tahun 2010.

Selain itu, pelaksanaan standard MS 1900:2014 di Sektor Awam untuk memastikan aktiviti-aktiviti mematuhi Syariah juga telah bermula dari tahun 2005 berdasarkan Standard MS 1900:2005 dan selaras dengan penambahbaikan standard tersebut telah beralih kepada MS 1900:2014.

Selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak MAMPU dan berdasarkan standard MS ISO 9001:2014 serta MS 1900:2014, Unit Audit Dalam telah dilantik sebagai urus setia dalam aktiviti membangunkan dokumentasi  dan seterusnya ke arah Pensijilan MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2014 bagi Perkhidmatan Pelesenan Abstraksi Sumber Air di Lembaga Urus Air Selangor.

Pelaksanaan proses ke arah Pensijilan MS ISO ini telah bermula dari  2013 di Lembaga Urus Air Selangor dengan melantik Wakil Pengurusan iaitu Ketua Penolong Pengarah (Teknikal) Gred J48, 24 orang pegawai telah dilantik sebagai Ahli Dokumentasi, 2 orang pegawai dilantik sebagai Ketua audit dalaman MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2014 serta 16 orang pegawai ahli audit dalaman. Perunding dari pihak swasta juga dilantik  manakala SIRIM sebagai badan pensijilan MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2014.

Pada 20 Mac 2015, LUAS telah menerima pensijilan MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2014 diperolehi pada 30 Mac 2015 terhadap Perkhidmatan Pelesenan Abstraksi Sumber Air oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD. LUAS adalah agensi ke -3 yang menerima pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Shariah MS 1900:2014 selain Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).