Unit Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti bertanggungjawab dari segi perancangan dan pembangunan sumber manusia, pembangunan organisasi serta pengurusan perkhidmatan anggota Kementerian. Pembangunan modal insan menjadi keutamaan Bahagian ini dalam melahirkan warga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas serta memiliki etika kerja yang positif. Ianya akan dapat dicapai melalui latihan dan pembelajaran berterusan. Selain itu unit ini juga bertanggungjawab untuk menguruskan integriti dalam organisasi.
Fungsi Dan Peranan Unit Sumber Manusia Dan Integriti
- Bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan pembangunan organisasi dan perjawatan serta urusan-urusan perkhidmatan.
- Menguruskan prestasi dan kebajikan kakitangan.
- Mengurus perkara berkaitan pembangunan sumber manusia.
- Menyelaras pelaksanaan HRMIS.
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran dan etika organisasi.
-
Mohd Tahir Bin Ab Talib
Pegawai Tadbir Gred N41-
Muhammad Hilmi Bin Mahfol
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29-
Nurul Aini Binti Sidol
Pembantu Tadbir Gred N19 -
Nor-Emy Binti Kamaruzaman
Pembantu Tadbir Gred N19 -
Norhazirah Binti Khairudin
Pembantu Tadbir Gred N19
-
-