Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Jawatankuasa Pengurusan Air Bumi Negeri Selangor

Alat
Tipografi

Objektif :

  1. Membangunkan satu sistem pengkalan data yang komprehensif supaya pemantauan atau penyelarasan perkembangan aktiviti air bumi dapat dilaksanakan secara bersepadu di mana data-data di setiap agensi akan diselaraskan bagi pengurusan air bumi terutamanya di dalam perkara pengambilan, pemantauan, pembaikpulih dan pengawalan keadaan semulajadi serta penguatkuasaan.
  2. Melaksanakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan dengan menetapkan peraturan, proses dan prosedur kelulusan permohonan pengambilan air bumi serta melaksanakan kesemua fungsi dan tanggungjawab perundangan dan mengikut undang-undang di bawah agensi-agensi yang terlibat.
  3. Menjalinkan kerjasama dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan serta pemantauan bersama agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan air bumi.
  4. Menyediakan, mengkaji dan mencadangkan syor-syor bagi penggunaan dan pengagihan air bumi daripada aspek bekalan dan permintaan.