Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Pasukan Petugas Lembangan Sungai Dan Pantai Negeri Selangor

Alat
Tipografi

Pasukan Petugas

Negeri Selangor mensasarkan kawalan pencemaran dan perlindungan sungai melalui penubuhan Pasukan Petugas Lembangan Sungai dan Pantai. Sebagai negeri pertama yang mempunyai keupayaan sebegini, kejayaan demi kejayaan berkaitan pencemaran sungai yang diraih oleh Pasukan Petugas khas ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada negeri – negeri lain untuk menjalankan usaha yang sama dan memainkan peranan dalam memulihara serta memelihara sumber air.

Pasukan Petugas Lembangan Sungai Dan Pantai.

Pasukan Petugas Lembangan Sungai telah ditubuhkan pada 5 Mac 2008. Jawatankuasa Pasukan Petugas ini bertanggungjawab mengawal pencemaran di sepanjang sungai melalui  tindakan – tindakan di bawah:-

  1. Menjalankan pemeriksaan berjadual secara bersepadu, sistematik dan berterusan di kilang, loji olahan kumbahan, aktiviti kerja tanah, tapak pembuangan sampah dan sumber pencemaran lain yang telah dikenalpasti;
  2. Memastikan tahap pencemaran dan mensasarkan pelepasan efluen mencapai Piawaian A yang ditetapkan terutamanya di bahagian hilir dan hulu muka sauk ;
  3. Mencadangkan tindakan susulan dan langkah – langkah yang sesuai bagi menangani isu-isu yang telah dikenalpasti;
  4. Menjalankan tindakan penguatkuasaan termasuklah pengeluaran amaran, kompaun, denda, pendakwaan dan lain – lain ; serta
  5. Menyediakan pangkalan data bersepadu untuk lembangan sungai.

Objektif – objektif Pasukan Petugas adalah untuk menguruskan :-

  1. Pencemaran setempat oleh kilang – kilang ( sama ada berlesen atau tanpa lesen ) dan loji olahan air kumbahan; serta
  2. Pencemaran bersebaran yang disebabkan oleh aktiviti kerja tanah, pembangunan tanah, aktiviti pembinaan, perlombongan pasir dan kuari, tapak pembuangan sampah, kawasan pertanian, ladang penternakan, rumah penyembelihan, pasar basah, bengkel dan lain – lain.

Carta organisasi Pasukan Petugas Lembangan Sungai dan Pantai.

  

*Ahli-ahli lain akan dijemput berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa