Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Abstraksi Sumber Air

Alat
Tipografi

Pengenalan

Pengenalan

Hidrologi merupakan kajian sains mengenai pengagihan air di muka bumi, komposisi fizikal dan reaksi kimianya dengan bahan semulajadi lain. Kitaran hidrologi dikenali sebagai pergerakan air antara bumi dengan atmosfera.

Melalui kitaran hidrologi juga, menunjukkan bagaimana berlakunya air hujan yang menjadi titik permulaan wujudnya sumber air bagi kegunaan manusia dan kehidupan di muka bumi ini. Air hujan tersebut akan menyerap masuk ke dalam tanah dan ada yang mengalir ke sungai kemudiaannya terus ke laut.

Sumber Air di Negeri Selangor

Negeri Selangor seluas 796,084 hektar, memperolehi sumber air dari 4 sungai utama iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Klang dan Sungai Bernam.

Selain daripada bekalan air terawat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Bekalan Selangor (SYABAS), pengguna air di negeri Selangor mempunyai pilihan lain menggunakan sumber air terus dari sungai, kolam dan dari bawah tanah di mana perlu mendapatklan kelulusan daripada Lembaga Urus Air Selangor.

Melalui kajian JICA 2002 The Sustaianable Groundwater Resources and Environmental Management for The Langat Basin in Malaysia, kawasan Lembangan Sungai Langat mempunyai kapasiti kadar luahan selamat air bumi sebanyak 45jlh.

Manakala kawasan Lembangan Sungai Klang dan Sungai Selangor pula mempunyai kapasiti kadar luahan selamat air bumi sebanyak 23.9 jlh dan 35.8 jlh.

DEFINISI

Sumber Air ertinya mana-mana sungai, lembangan sungai, air bumi atau badan air. 

Sungai ertinya mana-mana alur buatan, saluran air semulajadi atau mana-mana anak sungai atau lencongan buatan terhadapnya dan mana-mana kepongan di dalam alur. 

Badan Air ertinya mana-mana alur, tasik, kolam, tanah perairan,  perairan pantai dan badan air lain, sama ada semulajadi atau buatan dan termasuklah mana-mana badan air yang diitetapkan. 

Air Bumi ertinya air bawah permukaan yang terdapat, di bawah aras air di dalam tanah-tanih dan bentukan geologik dan termasuklah-

(a) sesuatu telaga, lubang gerek atau bentuk kerja sepertinya yang digali ke dalam strata bawah tanah, termasuklah mana-mana adit atau saluran .yang dibina berhubungan dengan telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu bagi menyenangkan pengumpulan air di dalam telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu;

(b) mana-mana penggalian ke dalam strata bawah tanah di mana paras air dalam penggalian itu  bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya kepada air yang memasukinya daripada strata itu ; dan

(c) mana-mana air bumi yang ditetapkan
Peranan LUAS

1. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui kerajaan negeri Selangor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan sumber air dibawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 ;

Menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas penggunaan dan aliran air dalam mana-mana sumber air dan sama ada berlaku secara semulajadi atas permukaan atau subpermukaan tanah. Seksyen 41(1)

2. Memandangkan LUAS dipertanggungjawabkan dalam kawalan ke atas penggunaan sumber air, maka ;

Tiada seseorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali  dengan kelulusan LUAS, mengganggu aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air kecuali dengan jumlah tertentu yang telah dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa. Seksyen 41(2)

3. Kawalan ke atas penggunaan sumber air dibuat melalui ;

Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh LUAS kepada mana- mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang  berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang   lesen serta aktiviti-aktiviti mereka. Seksyen 6(1)(n) Mengenakan caj ke atas penggunaan air atau mana-mana sumber lain daripada mana-mana sumber air termasuk tetapi tidak terhad kepada abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air itu atau sumber lain.      Seksyen 44(1)(a)

4. Jika didapati ;

Mana-mana orang yang, tanpa kelulusan dari LUAS mengeluar, menggunakan atau melencongkan air atau sumber air yang lain adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 107

Permohonan Lesen Abstraksi Sumber Air

Carta Alir Permohonan Lesen Abstraksi Air Bumi dan Permukaaan

 

 

1.         Abstraksi Sumber Air

1.1   Siapakah yang perlu memohon lesen abstraksi air bumi?

Premis atau orang perseorangan atau sesiapa sahaja yang ingin dan telah menggunakan air bumi air, sungai, alur, tasik, kolam,tanah perairan, perairan pantai dan badan air lain,sama ada semulajadi atau buatan bagi tujuan komersial dan bekalan air.

1.2   Bagaimanakah bentuk lesen tersebut?

Lesen dipanggil Lesen Abstraksi Air Bumi dan Lesen Abstraksi Air Sungai dan Badan Air, tempoh lesen adalah selama 1 tahun. Pembaharuan lesen perlu dibuat sekiranya ingin ;

a) Terus menggunakan air bumi atau air sungai atau badan air tersebut, atau

b) Mengurangkan atau meningkatkan kapasiti penggunaan air bumi atau air sungai atau badan air.

2.         Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Bumi

2.1.    Bagi telaga baru

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-001 : Permohonan Menggali Telaga (2 salinan)

 b) Menyertakan yuran proses RM 150 untuk setiap permohonan. Setelah mendapat kebenaran Menggali Telaga dari LUAS, pemilik telaga membuat permohonan abstraksi air bumi mengikut prosedur di bawah;

i. Melengkapkan Borang ABP-F4-002 : Rekod Telaga  (2 salinan)

ii. Melengkapkan Borang ABP-F4-003 : Permohonan Kebenaran Abstraksi Air Bumi (2 salinan)

iii. Melengkapkan Borang ABP-F4-004 : Rekod Kualiti Air Bumi (2 salinan)

iv. Melengkapkan Borang ABP-F4-005 : Rekod Paras Air Bumi (2 salinan)

2.2    Bagi telaga sedia ada

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-002 & (ABP-F4-002A, ABP-F4-002B, ABP-F4-002C & ABP-F4-002D) : Rekod Telaga (2 Salinan)

b) Melengkapkan Borang ABP-F4-003 : Permohonan Kebenaran Abstraksi Air Bumi (2 salinan)

c) Melengkapkan Borang ABP-F4-004 : Rekod Kualiti Air Bumi (2 salinan)

d) Melengkapkan Borang ABP-F4-005 : Rekod Paras Air Bumi (2 salinan)

e) Menyertakan yuran proses RM 150 untuk setiap permohonan

3.         Prosedur Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Bumi

3.1      Dengan memaklumkan kepada LUAS melalui surat rasmi dan melengkapkan borang berikut dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh  tamat lesen ;

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-004 : Rekod Kualiti Air Bumi (2 salinan)

b) Melengkapkan Borang ABP-F4-005 : Rekod Paras Air Bumi (2 salinan)

c) Menyertakan bayaran yuran proses sejumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM 150) untuk setiap permohonan

4.         Penutupan Telaga

Setiap telaga yang ingin ditutup atau dikambus semula perlu dirujuk kepada pihak LUAS.

5.         Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Sungai Dan Badan Air

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-006 : Permohonan Kebenaran Abstraksi Air Sungai dan Badan Air (1 salinan)

b) Menyertakan yuran proses RM 150 untuk setiap permohonan

c) Setelah proses permohonan mendapat kelulusan, Lesen Abstraksi Air Sungai dan Badan Air akan dikeluarkan.

6.         Prosedur Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Air Sungai Dan Badan Air

6.1        Memaklumkan kepada LUAS melalui surat rasmi dan melengkapkan borang berikut dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh tamat lesen ;

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-006 : Permohonan Kebenaran Abstraksi Air  Sungai dan Badan Air (1 salinan)

b) Menyertakan bayaran yuran proses sejumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM 150) untuk setiap permohonan.

 

Pemasangan Alat Pengukuran

 

1.   Speksifikasi untuk pemasangan meter abstraksi sumber air adalah seperti berikut;

  1. Pemasangan penapis pasir perlu dibuat bagi mengelakkan kerosakan meter berlaku.

  2. Pemasangan meter hendaklah dikalibrasi oleh mana-mana pihak yang bertauliah.

  3. Pemasangan meter hendaklah bersesuaian dengan kapasiti pengambilan air dan kemampuan pam.

  4. Pihak premis hendaklah memaklumkan kepada pihak Lembaga terlebih dahulu, sebelum pemasangan meter dilakukan.

2.        Senarai Semak Pemeriksaan Meter abstraksi sumber air adalah seperti berikut;

  1. Saiz meter serta kapasiti abstraksi mestilah bersesuaian.

  2. No. siri meter mesti jelas.

  3. Pemasangan meter mengikut arah aliran (anak panah) adalah betul.

  4. Meter dipateri (seal) tanpa sebarang kesan diganggu.

  5. Ujian aliran meter.

  6. Menyediakan nozel bagi 'air trapped'

  7. Pili selepas meter.

  8. Tiada kesan kebocoran pada sambungan ('welding joint & flange joint).

  9. Catitkan tarikh usia meter (jika ada).

  10. Satu injap kawalan ('gate valve') sebelum meter.

  11. Jenis paip dan saiz paip yang telah dipasang sebelum dan selepas meter.

  12. Lokasi permasangan meter tidak boleh lebih 2 m dari jarak telaga.

Caj

Kerajaan Negeri Selangor Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Pada 13 April 2005 Telah Membuat Keputusan :

  1. Mengenakan Lesen dan caj terhadap semua pengguna air bumi, air sungai dan badan air.
  2. Tujuan komersial dan bekalan air.
  3. Bermula pada 1 Julai 2005.

Caj Abstraksi Sumber Air

    • Komersial

    • RM 0.05 /m³

    • Bekalan

    • RM 0.01 /m³

Kira Caj Abstraksi (Komersial)
Jumlah Abstraksi Air (m³)(*)
Please type your full name.
Kadar Caj Rm 0.05sen/m³
Jumlah Kadar Caj
Invalid Input
Kira Caj Abstraksi (Bekalan)
Jumlah Abstraksi Air (m³)(*)
Please type your full name.
Kadar Caj Rm 0.01sen/m³
Jumlah Kadar Caj
Invalid Input

Borang Permohonan Lesen Abstraksi Sumber Air
  1. Kebenaran Menggali Telaga :   pdf ABP-F4-001 (178 KB)
  2. Rekod Telaga :   pdf ABP-F4-002 (162 KB)
    1. Geological Log and Well Design: ABP-F4-002A
    2. Step Drawdown Pumping Test Record :  ABP-F4-002B
    3. Constant Discharge Pumping Test Record :  ABP-F4-002C
    4. Recovery Test Record : ABP-F4-002D ==>  pdf (ABP-F4-002A, ABP-F4-002B, ABP-F4-002C & ABP-F4-002D) (406 KB)
  3. Abstraksi Air Bumi  :   pdf ABP-F4-003 (182 KB)
  4. Rekod Kualiti Air Bumi :   pdf ABP-F4-004 (108 KB)
  5. Rekod Paras Air Bumi  :   pdf ABP-F4-005 (155 KB)
  6. Air Sungai dan Badan Air  :   pdf ABP-F4-006 (177 KB)
{loadposition ABP-caj}{loadposition kal-kom}{loadposition kal-bek}