Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar

Alat
Tipografi

Pengenalan

Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Negeri Selangor telah mewartakan Peraturan – Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 pada 19 April 2012.

Satu hebahan akhbar berkenaan pewartaan Peraturan ini telah dibuat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 10 Jun 2012 di mana berkuatkuasa mulai 20 April 2012 dan hanya terpakai di Negeri Selangor semua tujuh (7) aktiviti berjadual di bawah Peraturan dikehendaki mendapatkan Lesen daripada LUAS bertujuan bagi mengawalselia pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti – aktiviti tersebut.

Setiap aktiviti berjadual tersebut hanya akan tertakluk sekiranya kuantiti dan deskripsinya jatuh di bawah skop yang ditetapkan. Sebarang pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti tersebut ke dalam sumber air hendaklah mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan. Sebarang ketidakpatuhan akan tertakluk kepada caj dan penalti yang ditetapkan.

Setiap lesen dikeluarkan secara tahunan dan ianya tertakluk kepada fi pendaftaran dan fi lesen yang telah ditetapkan.

Peranan LUAS

Setiap aktiviti berjadual adalah tertakluk di bawah Peraturan ini dan hendaklah mendapatkan Lesen Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS.

Premis yang telah dilesenkan adalah tidak dibenarkan melepaskan efluen daripada premis dengan melebihi had piawaian yang telah ditetapkan.

Bagi premis yang tidak tertakluk di bawah peraturan adalah juga dikehendaki memastikan efluen yang dilepaskan tidak melebihi had piawaian yang telah ditetapkan. Jika didapati premis gagal mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan, pihak Lembaga boleh mengeluarkan Notis Arahan kepada premis bagi tujuan kerja-kerja pembersihan, langkah-langkah mitigasi dan penambahbaikan mengikut keadaan dan tahap kes pencemaran selaras dengan Seksyen 41(4), 43(2), 96 (4) dan 121(1), Enakmen LUAS 1999.

Permohonan Lesen Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar
Caj

Caj yang dikenakan :

  1. Fi Lesen dengan kadar RM 650 setahun bagi setiap aktiviti yang dilesenkan.
  2. Caj perlanggaran berdasarkan beban bahan pencemar sekiranya pihak premis gagal mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan.

Fi Pelesenan :

  1. Fi Pendaftaran (Sekali Sahaja) RM150
  2. Fi Lesen (Setiap Tahun)     RM650
Borang Permohonan Lesen Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar
Aktiviti Berjadual dan Had Piawaian

Aktiviti Berjadual

BIL

AKTIVITI

HAD KELUASAN/JENIS

1

 

 

 

Akuakultur Air Tawar

50 hektar / lebih

2

Akuakultur Udang Laut

10 hektar / lebih

3

Kawasan Pembangunan / kerja Tanah

Kurang daripada 50 hektar

4

 

Penternakan Selain Babi

Ternakan ayam, itik, angsa, ayam belanda, ayam mutiara, puyuh, merpati, burung unta, burung emu, 20,000 ekor atau lebih

 

Ternakan lembu, kambing, bebiri, kerbau, rusa, 250 ekor atau lebih

5

Penternakan Babi

Penternakan babi, satu (1) ekor atau lebih

6

Haiwan Kesayangan

Aktiviti yang melibatkan anjing atau kucing, dua puluh (20) ekor atau lebih

7

 

Pencucian Pasir

Tanpa mengira kuantiti pasir

Pelombongan / Kuari

Kurang daripada 250 hektar

Had Piawaian

BIL

AKTIVITI

HAD KELUASAN/JENIS

PARAMETER

HAD PIAWAIAN (mg/L)

1

 

 

 

Akuakultur Air Tawar

50 hektar / lebih

AN

BOD₅

TSS

TN

TP

5

50

100

10

1

2

Akuakultur Udang Laut

10 hektar / lebih

AN

BOD₅

TSS

TN

TP

5

50

100

10

1

3

Kawasan Pembangunan / kerja Tanah

Kurang daripada 50 hektar

TSS

Minyak&Gris

100

10

4

 

Penternakan Selain Babi

Ternakan ayam, itik, angsa, ayam belanda, ayam mutiara, puyuh, merpati, burung unta, burung emu, 20,000 ekor atau lebih

AN

BOD₅

COD

TSS

200

200

500

500

 

Ternakan lembu, kambing, bebiri, kerbau, rusa, 250 ekor atau lebih

AN

BOD₅

COD

TSS

200

200

500

500

5

Penternakan Babi

Penternakan babi, satu (1) ekor atau lebih

AN

BOD₅

COD

TSS

200 mg/l

50 mg/l

500 mg/l

100 mg/l

6

Haiwan Kesayangan

Aktiviti yang melibatkan anjing atau kucing, dua puluh (20) ekor atau lebih

AN

BOD₅

COD

TSS

300

50

500

250

7

 

Pencucian Pasir

Tanpa mengira kuantiti pasir

TSS

Minyak&Gris

50

1

Pelombongan / Kuari

Kurang daripada 250 hektar