Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Navigasi Jalan Air Pedalaman

Alat
Tipografi

Pengenalan

Peraturan-peraturan Navigasi Jalan Air Pedalaman (Negeri Selangor) 2012, adalah digubal di bawah keperluan peruntukan seksyen 96 dan 97 Enakmen LUAS 1999. Melalui peraturan tersebut, LUAS adalah berfungsi sebagai badan ‘regulatory’ atau penyelaras dalam mengawal aktiviti-aktiviti navigasi di atas permukaan badan air seperti tasik, tanah perairan dan sungai yang berada di luar kawasan had pelabuhan. Peraturan ini telah dibincangkan bersama jabatan/agensi teknikal yang telah dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Teknikal Navigasi LUAS yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS.

Peranan LUAS

Peraturan ini mengandungi sebelas Bahagian yang memberikan kuasa kepada Lembaga untuk merancang penambahbaikan sistem trafik di setiap laluan badan air seperti tasik, tanah perairan dan sungai. Ia adalah penting bagi memenuhi keperluan jangka masa panjang bagi pembangunan di jajaran dan laluan sungai-sungai di Selangor yang boleh komersialkan sebagai sumber alternatif pengangkutan di samping produk-produk pelancongan dan rekreasi air yang dijangka dapat menjana hasil baru bagi Kerajaan Negeri. Oleh itu, Lembaga akan mengawalselia setiap operasi vesel untuk pengangkutan barang dan penumpang. Bagi tujuan pengawalan kualiti dan pencemaran badan air setiap pelepasan bahan pencemar hendaklah dengan mendapat kebenaran dan Lembaga boleh menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah pada mana-mana vesel yang berlabuh atau bertambat di perairan daratan.

Peraturan tersebut juga memperuntukkan kawalan trafik navigasi di perairan dalaman. Di mana konsep laluan layar yang selamat diwujudkan bagi mengawal setiap aktiviti laluan keluar masuk vesel yang belayar dengan had laju yang telah ditetapkan oleh Lembaga. Satu sistem pandu arah yang selamat dengan tanda-tanda keselamatan boya, tambatan, dan lampu isyarat keselamatan akan disediakan sebagai panduan kepada setiap vesel yang belayar.

 

  

 

Permohonan Lesen Navigasi Jalan Air Pedalaman
Caj
Tempoh Lesen                   Setahun                     
 Bayaran dikenakan  Fi Pendaftaran RM150.00 (sekali sahaja)
Fi Vesel RM150.00 (sekali sahaja)
 Fi Lesen Mengikut Kelas   Kelas I – 0-500 ton  RM 500
 Kelas II – 501-1000 ton  RM 1,000
 Kelas III – 1001-2000 ton   RM 2,000
 Kelas IV – 2001-3000 ton  RM 3,000
 Kelas V – 3001-4000 ton  RM 4,000
 Kelas IV – 4001-5000 ton  RM 5,000 
Borang Permohonan Lesen Navigasi Jalan Air Pedalaman