Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Pelencongan Air bagi Penjanaan Elekrik

Alat
Tipografi

Pengenalan

Projek pembangunan stesen minihidro merupakan saranan daripada pihak Kerajaan Malaysia di dalam Program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Small Renewable Energy Program - SREP) yang dilancarkan pada 11 Mei 2001. Ia merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan penggunaan sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Renewable Energy, RE) dalam bidang penjanaan kuasa elektrik yang disasarkan 11% pada tahun 2020. Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan lagi perkembangan pembangunan Tenaga RE sebagai sumber bahan api di bawah Dasar Kepelbagaian Bahan Api Negara.

Peranan LUAS

Berdasarkan peruntukan dalam seksyen 42(1) Enakmen LUAS 1999, bahawa tiada seorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali di bawah dan menurut terma-terma suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 59, melalui longkang, saliran, saluran, paip atau lain-lain cara melencongkan air mana-mana sungai daripada alur semulajadinya.

Selaras dengan itu, menurut seksyen 42(3) Enakmen LUAS 1999 bahawa lesen untuk melencongkan air dari suatu sungai bagi kegunaan menjanakan letrik boleh diberikan oleh Lembaga dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Di samping itu, seksyen 44(1) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 memberikan kuasa perundangan kepada Lembaga untuk mengenakan caj ke atas penggunaan, abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air atau sumber lain dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 28/2005 yang telah bersidang pada 26 Oktober 2005 telah meluluskan Cadangan Projek Pembinaan Stesen Mini Hidro Di Sungai Kerling, Daerah Hulu Selangor oleh Syarikat Renewable Power Sdn. Bhd. untuk pembangunan projek tersebut yang menjanakan tenaga maksimum sebanyak 2 Mega Watt (MW)/hari.  Permohonan lesen pelencongan aliran air Sungai Kerling dengan kapasiti aliran 1.42 m3 telah diluluskan dengan kadar caj pelencongan air sebanyak RM 100,000.00 (RM 50,000.00/MW) untuk penjanaan maksimum 2 Mega Watt. Projek tersebut telah mula beroperasi pada 1 Oktober 2009.

Permohonan Lesen Pelencongan Air bagi Penjanaan Elekrik
Caj
Borang Permohonan Lesen Pelencongan Air bagi Penjanaan Elekrik