Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Perutusan Pengarah

Alat
Tipografi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Dengan limpah dan kurniaNya, kita diberikan kesihatan untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan bagi kesejahteraan semua lapisan masyarakat dan kelestarian alam persekitaran.

Sebagai sebuah agensi pengurusan sumber air negeri, LUAS yang kini sudah berusia 16 tahun sedang mengorak langkah yang lebih jauh dalam meningkatkan mutu pengurusan sumber air Negeri Selangor melalui inisiatif-inisiatif baru untuk memastikan kualiti dan kuantiti sumber air di tahap yang baik. Pengalaman menangani krisis bekalan air pada tahun 2014 telah membuka peluang kepada LUAS untuk mencuba dan menggunakan kaedah-kaedah baru seperti operasi pembenihan awan dan penggunaan air kolam alternatif untuk mengekalkan pembekalan air mentah kepada loji dan seterusnya mengelakkan catuan bekalan air.

Kejayaan dan pencapaian ini semua bukanlah hanya usaha LUAS sendirian. Akan tetapi kerjasama dan sokongan daripada semua pihak berkepentingan iaitu agensi-agensi lain yang terlibat dan masyarakat. Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan semua pihak yang memberi kepercayaan dan sentiasa menyokong serta memberi komitmen bersama LUAS untuk menguruskan sumber air negeri dengan mapan. LUAS akan meneruskan tanggungjawabnya dengan lebih banyak lagi pembaharuan-pembaharuan yang bermanfaat. Semoga kita dapat bersama-sama terus memelihara dan memulihara sumber air yang menjadi nadi kepada kehidupan kita.

Sekian, terima kasih.

NOR ZAMRI BIN SONDOR

Pemangku Pengarah.