Jumaat, September 20, 2019

Syarat Umum

  1. Pihak pemaju hendaklah mematuhi peruntukan sebarang undang-undang bertulis termasuk Akta, Enakmen, Ordinan, Undang-undang Kecil, Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah dan semua undang-undang yang terpakai ketika ini dan mana-mana undang-undang yang digubal berikutnya.

  2. Pihak Pemaju hendaklah  mematuhi   peruntukan   Enakmen LUAS 1999 dan   semua   peraturan  yang digubal di bawahnya.

  3. Pihak pemaju adalah tertakluk kepada arahan, perintah, syarat dan syarat-syarat tambahan yang suai manfaat dikeluarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa atau pada ketika Perintah Kemarau serta bagi tujuan perlindungan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber air.

  4. Pihak Pemaju hendaklah menyediakan cadangan langkah-langkah mitigasi/kawalan pencemaran.

  5. Pihak pemaju dikehendaki menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang kerap terhadap struktur kawalan pencemaran supaya berfungsi lebih efektif.

  6. Pihak Pemaju hendaklah memaklumkan maklumat pegawai yang bertanggungjawab di tapak kerja.

  7. Pegawai Lembaga hendaklah mempunyai akses bebas untuk memasuki premis pemaju pada bila-bila masa bagi memastikan syarat-syarat Lembaga dipatuhi dari semasa ke semasa.

  8. Lembaga boleh membatalkan atau menggantungkan Kebenaran Bertulis atau mengeluarkan arahan memberhentikan operasi dengan serta merta sekiranya pemaju gagal mematuhi mana-mana arahan, perintah, syarat atau syarat tambahan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

  9. Lembaga hendaklah tidak akan menanggung apa-apa kerugian atau kerosakan disebabkan oleh apa-apa tindakan, tinggalan atau salah laku pemaju.

  10. Pihak pemaju hendaklah memaklumkan kepada Lembaga sebarang kejadian atau kemalangan yang mungkin akan mengakibatkan kesan-kesan buruk terhadap mana-mana sumber air dan persekitarannya.

  11. Pihak Pemaju hendaklah mengemukakan gambar tapak cadangan projek sebelum kerja-kerja dijalankan dan laporan kemajuan kerja bergambar  setiap bulan  bagi mana-mana  aktiviti yang tertakluk dalam Kebenaran Bertulis Lembaga.

  12. Pihak pemaju hendaklah memastikan kaedah penyimpanan bekalan diesel (jika ada) tidak mencemarkan sumber air berhampiran dan dilengkapi dengan takungan berkapasiti 110% simpanan diesel dan berbumbung.

  13. Pihak Pemaju hendaklah memaklumkan kepada Lembaga tarikh mula dan tarikh tamat kerja.

  14. Tempoh sah laku Kebenaran Bertulis hanya selama 2 TAHUN berkuat kuasa daripada tarikh kebenaran ini dikeluarkan.

  15. Lembaga perlu dimaklumkan sekiranya berlaku tarikh anjakan kerja.

  16. Pihak Pemaju hendaklah mengemukakan sesalinan lengkap pelan setelah kerja-kerja siap dijalankan.

  17. Pihak Pemaju hendaklah memastikan struktur-struktur sementara yang dibina adalah seperti kaedah perlaksanaan yang diluluskan.

  18. Pihak pemaju tidak dibenarkan membina bangunan atau struktur sementara di dalam  rizab sungai, zon banjir, zon penampan atau zon perlindungan.

  19. Pihak Pemaju hendaklah memastikan sebarang sisa-sisa binaan dan struktur sementara tidak ditinggalkan di kawasan pembinaan.

  20. Sebarang kos bagi kerja-kerja pemuliharaan kualiti air dan kerosakan struktur  akibat daripada aktiviti yang dijalankan hendaklah ditanggung oleh pihak Pemaju mengikut arahan Lembaga.

  21. Jika terdapat arahan daripada Kerajaan Negeri untuk membuka atau mengalihkan struktur tersebut pada masa akan datang atas apa jua alasan, arahan tersebut mestilah dipatuhi dan kos bagi kerja-kerja tersebut hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26