Rabu, April 08, 2020

Syarat Khusus Pengorekan Pasir Lombong

  1. Pihak pengusaha dikehendaki mematuhi langkah-langkah mitigasi kawalan pencemaran / hakisan/ mendakan di kawasan pengorekan pasir bagi mengurangkan masalah kekeruhan dan kelodakan.

  2. ihak pengusaha  dikehendaki memastikan dua (2) kolam takungan mendakan ( tailing 1 dan tailing 2) yang disediakan adalah mencukupi dan menggunakan kaedah 'close circuit water circulation system' seperti Pelan No: ............................ Ini adalah bagi mengelakkan 'over flow' ke Sungai  ............................ dan badan air lain dari tercemar.

  3. Pihak pengusaha juga dikehendaki membina semula struktur tebing yang rosak.

  4. Pihak pemaju perlu membuat pensampelan kualiti air dari titik pelepasan akhir ('final discharge') dari struktur kawalan pencemaran. Pensampelan hendaklah dibuat setiap bulan berdasarkan parameter iaitu Jumlah Pepejal Terampai (Total Suspended Solid, TSS) serta minyak dan gris (Oil & Grease). Laporan Kualiti Efluen hendaklah dihantar kepada pihak Lembaga pada minggu pertama setiap bulan berikutnya.

  5. Pihak pemaju hendaklah mengemukakan maklumat penggunaan air bagi tujuan aktiviti pencucian pasir dan memohon lesen abstraksi sumber air daripada Lembaga.

  6. Pihak pemaju dikehendaki menjalankan proses pemuliharaan tanah (land conservation) di kawasan tanah tinggalan setelah aktiviti pengorekan pasir lombong selesai bagi mengelakkan masalah hakisan serta runtuhan tebing.

  7. Pihak pemaju hendaklah telah mendapat kebenaran daripada agensi/jabatan berkaitan berhubung dengan laluan keluar masuk sementara ke kawasan pengorekan pasir.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26