Rabu, April 08, 2020

Syarat Khusus Penjajaran semula sungai

  1. Pihak pengusaha dikehendaki mematuhi langkah-langkah mitigasi kawalan pencemaran / hakisan/ mendakan di kawasan pengorekan pasir bagi mengurangkan masalah kekeruhan dan kelodakan.

  2. Sebarang kerja-kerja penyambungan sungai sedia ada kepada jajaran baru, pihak Lembaga perlu dimaklumkan sebelum kerja-kerja penyambungan sungai dijalankan.

  3. Pihak pemaju tidak dibenarkan menutup jajaran sungai sedia ada sehingga jajaran baru disiapkan sepenuhnya dan mendapatkan kebenaran Lembaga.

  4. Pihak pemaju juga dikehendaki menjalankan pemantauan kualiti air di titik pensampelan yang ditetapkan pada jarak 10 m (atau jarak lain yang ditetapkan oleh Lembaga) di bahagian hulu dan hilir tapak pelencongan /penjajaran berdasarkan 2 parameter Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Minyak & Gris (O&G). Analisis parameter-parameter tersebut hendaklah dibuat oleh makmal yang mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia. Laporan hendaklah dibuat setiap bulan seperti parameter di atas dan Laporan Kualiti Efluen hendaklah dihantar kepada pihak Lembaga pada minggu pertama setiap bulan berikutnya.

  5.  

    "Nota : Nilai parameter TSS dan O&G di hilir mestilah tidak melebihi di hulu titik pensampelan".

     

  6. Pihak pemaju dikehendaki memastikan reka bentuk jajaran adalah seperti Pelan Rekabentuk yang diluluskan iaitu No. Pelan..........................

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26