Rabu, April 08, 2020

Syarat Khusus Pembinaan Jambatan

  1. Pihak pemaju dikehendaki menjalankan pemantauan kualiti air di titik pensampelan yang ditetapkan pada jarak 10 m (atau jarak lain yang ditetapkan oleh Lembaga) di bahagian hulu dan hilir tapak pembinaan berdasarkan 2 parameter Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Minyak & Gris (O&G). Analisis parameter-parameter tersebut hendaklah dibuat oleh makmal yang mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia. Laporan hendaklah dibuat setiap bulan seperti parameter di atas dan Laporan Kualiti Air hendaklah dihantar kepada pihak Lembaga pada minggu pertama setiap bulan berikutnya."Nota : Nilai parameter TSS dan O&G di hilir mestilah tidak melebihi di hulu titik pensampelan."

  2. Aras tampung bawah (soffit level) hendaklah mengambilkira keperluan minima bagi pengangkutan air jika sungai tersebut dijadikan pengangkutan jalan air pedalaman.

  3. Pihak pemaju dikehendaki membina struktur pengukuhan tebing tetap atau sementara bagi meminimakan kesan pencemaran kepada kualiti air.

Rekabentuk jambatan ini mestilah mengikut rekaan yang dicadangkan iaitu No. Pelan.......................... bagi jambatan merintangi Sungai................

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26