Rabu, April 08, 2020

Syarat Khusus Pengorekan Pasir Sungai

  1. Pihak Pengusaha dikehendaki mematuhi langkah-langkah mitigasi kawalan pencemaran dan hakisan di kawasan pengorekan pasir bagi mengurangkan masalah kekeruhan dan kelodakan seperti memasang.

  2. Pihak Pengusaha hanya dibenarkan menjalankan kerja pengorekan pasir di Sungai ........ pada jarak operasi sepanjang ....km.

  3. Pihak Pengusaha hanya dibenarkan menjalankan pengorekan pasir di sepertiga bahagian tengah sungai (middle third).

  4. Pihak Pengusaha hanya dibenarkan mengambil pasir pada kedalaman tidak melebihi ............... meter berdasarkan lebar sungai iaitu ....... hingga ....... meter seperti Jadual 1 (Garis Panduan JPS).

  5. Pihak Pengusaha dikehendaki memastikan kedudukan “stockpile" pasir perlulah sekurang-kurangnya 20 meter dari tebing sungai bagi mengelakkan pasir masuk semula ke dalam sungai kerana aliran run off.

  6. Pihak Pengusaha dikehendaki memastikan kecondongan tebing sungai dikekalkan pada nisbah 1:3 untuk mengelakkan hakisan tebing.

  7. Pihak Pengusaha tidak dibenarkan mengambil pasir dalam lingkungan 500 meter dari mana-mana struktur hidraulik yang penting seperti rumah pam “water intake" dan dalam lingkungan 200 meter dari lain-lain struktur hidraulik yang kecil seperti jambatan, bangunan dan sebagainya kecuali dengan kebenaran LUAS dan JPS.

  8. Pihak Pengusaha dikehendaki memastikan tidak menjalankan kerja-kerja pencucian pasir berhampiran tebing sungai bagi mengelakkan air basuhan pasir masuk ke sungai.

  9. Pihak Pengusaha dikehendaki menjalankan pemantauan kualiti air di titik pensampelan yang ditetapkan pada jarak 10 m (atau jarak lain yang ditetapkan oleh Lembaga) di bahagian hulu dan hilir tapak lokasi dengan berdasarkan 2 parameter Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Minyak & Gris (O&G).Analisis parameter-parameter tersebut hendaklah dibuat oleh makmal yang mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia. Laporan Kualiti Air hendaklah dihantar kepada pihak Lembaga pada minggu pertama setiap bulan berikutnya.

    Nota : Nilai parameter TSS dan O&G di hilir mestilah tidak melebihi di hulu titik pensampelan.

  10. Pihak pemaju dikehendaki menjalankan proses pemuliharaan tanah 'land conservation' atau pemuliharaan tebing setelah aktiviti pengorekan pasir sungai selesai bagi mengelakkan masalah hakisan serta runtuhan tebing.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26