Rabu, Ogos 21, 2019

Informasi Terkini


4 Oktober 2016

Pencemaran bau telah dikesan di Sg. Semenyih pada 11 malam tadi. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YDP MPKj dan UPEN berada di tapak premis yang disyaki awal pagi tadi.

Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Kajang telah mengenal pasti punca pencemaran di tapak premis bersebelahan SR Building Materials Sdn Bhd di Batu 22 1/4, Jalan Sg Lalang, Semenyih.

Majlis Perbandaran Kajang dan Jabatan Alam Sekitar telah menutup tapak premis tersebut untuk memberhentikan apa-apa aktiviti di sana dan untuk siasatan lanjut.

Kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang. Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika tersabit kesalahan di mahkamah undang-undang, denda maksimum RM100 ribu dan/atau 5 tahun penjara akan dikenakan.

Di samping itu, perniagaan atau premis yang disahkan mengakibatkan pencemaran, Pihak Berkuasa Tempatan akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi perniagaan. Tiada rayuan akan dipertimbangkan kerana kejadian yang tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan kesusahan kepada lebih 1.8 juta pengguna di Selangor.

Tindakan pantas petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor yang telah memantau kawasan ini 24 jam selama 10 hari akhirnya berjaya mengenal pasti punca pencemaran.

Walau bagaimanapun, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup buat kali-4 pada pukul 10 pagi tadi kerana pencemaran bau dan akan beroperasi semula apabila tiada pencemaran bau. Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air meliputi Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Pegguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit “mySYABAS” dan www.syabas.com.my

YB Elizabeth Wong
EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna.
Kerajaan Negeri Selangor

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

logo


DASAR PRIVASI


Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain. 

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel. Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. Pindaan DasarSekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.


DASAR KESELAMATAN


Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. 

Keselamatan StoranSemua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Move
-

Berita

Berita Utama
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR 2016

Pada 26 - 30 Ogos 2016 yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar 2016 yang melibatkan...

Read More...
MAJLIS PELANCARAN INISIATIF HIJAU

Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau bertempat di Perkarangan Menara MPAJ, Ampang. Seramai...

Read More...
PROGRAM SAHABAT MARITIM 2016

Pada 20 Ogos 2016 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menganjurkan...

Read More...

carian 1akses

1akses

Capaian Pantas

Piagam Pelanggan Prestasi Piagam Pelanggan Maklumbalas / Aduan Webmail LUAS Intranet

Program / Aktiviti

Tiada Program / Atkiviti
Terbitan
Ikuti Kami

Qua-Qua@facebookLUAS@facebookProgramKitarSemulaMinyakMasak@facebookRSS@LUAS

Kaji Selidik
Undian
Undian

Pendapat anda tentang Portal LUAS yang baru, bagaimana anda menilainya?

Sangat Menarik - 83.3%
Memuaskan - 16.7%
Menarik - 0%
Tidak Menarik - 0%

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini56
mod_vvisit_counterSemalam54
mod_vvisit_counterMinggu Ini155
mod_vvisit_counterMinggu Lepas398
mod_vvisit_counterBulan Ini1247
mod_vvisit_counterBulan Lepas1762
mod_vvisit_counterKeseluruhan350107

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26