Isnin, Oktober 14, 2019

Informasi Terkini


4 Oktober 2016

Pencemaran bau telah dikesan di Sg. Semenyih pada 11 malam tadi. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YDP MPKj dan UPEN berada di tapak premis yang disyaki awal pagi tadi.

Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Kajang telah mengenal pasti punca pencemaran di tapak premis bersebelahan SR Building Materials Sdn Bhd di Batu 22 1/4, Jalan Sg Lalang, Semenyih.

Majlis Perbandaran Kajang dan Jabatan Alam Sekitar telah menutup tapak premis tersebut untuk memberhentikan apa-apa aktiviti di sana dan untuk siasatan lanjut.

Kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang. Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika tersabit kesalahan di mahkamah undang-undang, denda maksimum RM100 ribu dan/atau 5 tahun penjara akan dikenakan.

Di samping itu, perniagaan atau premis yang disahkan mengakibatkan pencemaran, Pihak Berkuasa Tempatan akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi perniagaan. Tiada rayuan akan dipertimbangkan kerana kejadian yang tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan kesusahan kepada lebih 1.8 juta pengguna di Selangor.

Tindakan pantas petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor yang telah memantau kawasan ini 24 jam selama 10 hari akhirnya berjaya mengenal pasti punca pencemaran.

Walau bagaimanapun, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup buat kali-4 pada pukul 10 pagi tadi kerana pencemaran bau dan akan beroperasi semula apabila tiada pencemaran bau. Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air meliputi Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Pegguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit “mySYABAS” dan www.syabas.com.my

YB Elizabeth Wong
EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna.
Kerajaan Negeri Selangor

Laporan pengeluaran Lesen/Kebenaran Bertulis Dari Tahun 2006-2014

Nota :

1. Di Dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Pelesenan) 2012, perkataan “lesen bermaksud termasuklah kebenaran bertulis, permit, pendaftaran dan sebarang kelulusan lain yang dikeluarkan oleh Lembaga dibawah Enakmen. 

 2.  Lima (5) aktiviti utama Lembaga telah dilesenkan semenjak tahun 2006 iaitu:-

i-             Lesen Abstraksi Sumber Air – bermula seawal tahun 2006;

ii-            Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber – bermula pada tahun 2008;

iii-          Lesen Pelencongan Air Bagi Penjanaan Elektrik - bermula pada tahun 2009;

iv-          Lesen Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar – bermula pada tahun 2012; dan

v-           Lesen Navigasi Jalan Air Pedalaman - bermula pada tahun 2012.

 

Move
-

Berita

Berita Utama
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR 2016

Pada 26 - 30 Ogos 2016 yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar 2016 yang melibatkan...

Read More...
MAJLIS PELANCARAN INISIATIF HIJAU

Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau bertempat di Perkarangan Menara MPAJ, Ampang. Seramai...

Read More...
PROGRAM SAHABAT MARITIM 2016

Pada 20 Ogos 2016 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menganjurkan...

Read More...

carian 1akses

1akses

Capaian Pantas

Piagam Pelanggan Prestasi Piagam Pelanggan Maklumbalas / Aduan Webmail LUAS Intranet

Program / Aktiviti

Tiada Program / Atkiviti
Terbitan
Ikuti Kami

Qua-Qua@facebookLUAS@facebookProgramKitarSemulaMinyakMasak@facebookRSS@LUAS

Kaji Selidik
Undian
Undian

Pendapat anda tentang Portal LUAS yang baru, bagaimana anda menilainya?

Sangat Menarik - 83.3%
Memuaskan - 16.7%
Menarik - 0%
Tidak Menarik - 0%

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini85
mod_vvisit_counterSemalam107
mod_vvisit_counterMinggu Ini85
mod_vvisit_counterMinggu Lepas513
mod_vvisit_counterBulan Ini913
mod_vvisit_counterBulan Lepas1804
mod_vvisit_counterKeseluruhan353410

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26