Sabtu, September 21, 2019

Akses Orang Kurang Upaya (OKU)


PENGENALAN

Portal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Dimana ia diharap dapat membantu mereka dalam melayari laman web ini dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Disamping itu, kemudahan ini disediakan bagi memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 supaya menjadikan laman web mesra pengguna terhadap keperluan OKU.

Antara kemudahan yang disediakan dalam Portal LUAS :

1. Pengguna Cacat Penglihatan

Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini. Pembaca teks tersebut disediakan untuk kandungan Perutusan Pengarah, Pengenalan Mengenai Kami, Perkhidmatan, Berita serta pelbagai kandungan yang lain. Ianya akan menghasilkan suara yang dijana secara automatik sebagai altenatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :

(a) Pautan kepada pembaca teks :

  • Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon  pada penjuru-atas kanan kandungan/artikel tersebut.
  • Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'.
  • Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana.
  • Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.

atau

(b) IE Page Reader :

  • Dapatkan IE Page Reader
  • Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini
  • Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain
  • Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini

2. Pengguna warga tua

Pengubah saiz teks - Portal LUAS juga menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas Portal LUAS. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

3. Pilihan Bahasa

Terdapat pilihan bahasa yang disediakan oleh Portal LUAS iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pengguna boleh memilih bahasa yang bersesuai dengan mereka untuk membaca kandungan di Portal Selangor. Menu pilihan bahasa terdapat di bahagian atas kanan Portal LUAS.

4. Pilihan Latar Belakang

Terdapat pelbagai pilihan latar belakang yang disediakan oleh Portal LUAS bagi kesesuaian dan keselesaan pengguna.

Program / Aktiviti

Tiada Program / Atkiviti

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini16
mod_vvisit_counterSemalam68
mod_vvisit_counterMinggu Ini417
mod_vvisit_counterMinggu Lepas384
mod_vvisit_counterBulan Ini1325
mod_vvisit_counterBulan Lepas1833
mod_vvisit_counterKeseluruhan352018

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26