Isnin, Oktober 14, 2019

Program Sambutan Hari Air Sedunia 2012 Peringkat Negeri Selangor

Pada 28 April 2012 (Sabtu), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan AEON Malaysia Berhad telah menganjurkan Program Sambutan Hari Air Sedunia 2012 Peringkat Negeri Selangor bertempat di AEON Bukit Raja, Klang. Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor.  Tema sambutan ialah “Water and Food Security”. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara sumber air yang menjadi elemen penting dalam kehidupan, terutamanya dalam penghasilan makanan. 

  

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26