Isnin, Oktober 14, 2019

Program Pameran dan Pengindahan Bandar Klang

 Pada 16 Jun 2012 (Sabtu) yang lalu, telah diadakan Program Pameran dan Pengindahan Bandar Klang bertempat di Taman Bandar Diraja Klang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang dengan Kerjsama Syarikat Posco Sdn. Bhd. dan telah dirasmikan oleh Y.D.H. Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani Bin Pateh Akhir, Orang Besar Daerah Klang. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan melibatkan seramai 300 orang peserta. Pada program tersebut pihak LUAS telah mengadakan pameran bagi memberi maklumat dan informasi mengenai kepentingan penjagaan sumber air di negeri Selangor. 

  

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26