Isnin, Oktober 14, 2019

CERAMAH KEPENTINGAN PENJAGAAN SUMBER AIR

Pada 1 Ogos 2012 (Rabu) yang lepas, bertempat di Sek. Men. Keb. La Salle, Klang, pihak LUAS telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai kepentingan air dan kesedaran terhadap sumber air. Seramai 100 orang pelajar terlibat semasa ceramah diadakan. Ceramah telah disampaikan oleh En. Ishak Bin Kamaruzaman, Pegawai Penerangan pada sesi pertama dan En. Nazifi Bin Nawawi, Pegawai Kawalan Alam Sekitar pada sesi yang kedua. Ceramah ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan fungsi dan peranan LUAS dalam penjagaan sumber air di Negeri Selangor.

 

               

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26