Jumaat, Oktober 18, 2019

MESYUARAT TAHUNAN PEMSEA NETWORK OF LOCAL GOVERNMENTS (PNLG) 2012 DI CHANGWON CITY, KOREA SELATAN

Indeks Artikel
MESYUARAT TAHUNAN PEMSEA NETWORK OF LOCAL GOVERNMENTS (PNLG) 2012 DI CHANGWON CITY, KOREA SELATAN
Page 2
Semua Halaman

Pada 8 Julai 2012 yang lalu, bertempat di Changwon Hotel, telah berlangsungnya Mesyuarat Tahunan PNLG 2012 yang dianjurkan oleh pihak Partnerships in Environmental Management for the Seas of East Asia (PEMSEA) dan Kerajaan Korea Selatan yang telah dirasmikan oleh Mr. Park Wan Su, iaitu Datuk Bandar Changwon. Pihak LUAS telah menghantar dua (2) orang wakil bagi menghadiri mesyuarat tersebut iaitu Tuan Hj. Md. Khairi bin Selamat, Pengarah LUAS dan Jurutera Seksyen ICM, Puan Norfaezah binti Shamsuddin.

 


Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan tahunan aktiviti dan kewangan PNLG oleh setiausaha PNLG iaitu Dr. Zhou Lumin. Selain itu, diadakan juga pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden untuk penggal baru yang dijalankan setiap tiga (3) tahun sekali.

Selain daripada pemilihan pengurusan tertinggi tersebut, mesyuarat pada tahun ini juga turut memperkenalkan ahli baru yang telah melaksanakan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) iaitu Daerah Jembrana, Bali dan Haiyang, China.

Forum terbuka yang membincangkan mengenai pelaksanaan pelan tindakan 5 tahun Strategi Pembangunan Mapan dan Deklarasi Dongying juga diadakan. Pengarah LUAS, Tuan Hj. Md. Khairi bin Selamat telah dipilih sebagai salah seorang ahli panel di dalam forum tersebut dan telah membentangkan hasil kemajuan pelaksanaan Pelan ICM di Negeri Selangor dan mendapat maklum balas positif dari beberapa peserta yang hadir.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26