Sabtu, September 21, 2019

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) LUAS 2012

Pada 6 September 2012 (Khamis) yang lepas, telah diadakan Majlis Perkhidmatan Cemerlang (APC) LUAS 2012 bertempat di Concorde Hotel, Shah Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hj. Mohammed Khusrin Bin Hj. Munawi, Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Majlis ini diadakan bagi meraikan kakitangan LUAS yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun 2011. Seramai enam orang kakitangan telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini, iaitu Pn. Norfaezah Binti Shamsuddin (Jurutera), En. Mohd Nazifi Bin Nawawi (Pegawai Kawalan Alam Sekitar), En. Aminuddin Bin Zakaria (Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa), Pn. Siti Maryam Binti Kamaruddin (Penolong Pegawai Undang-Undang), En. Norirwan Bin Mohamad (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) dan Mohd Paizan Bin Jamil (Pembantu Penguatkuasa). Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga ianya menjadi penggerak kepada semua untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26