Selasa, Julai 23, 2019

PROGRAM SUMBER AIR MAMPAN 2012

Pada 8 September 2012 (Sabtu) yang lalu, telah diadakan Program Sumber Air Mampan 2012 anjuran Majlis Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bertempat di Dewan Sri Jugra, Telok Datok. Program ini adalah satu pendekatan terbaik yang bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran kepada semua golongan masyarakat dalam usaha-usaha pemeliharaan sungai dan kualiti air. Di samping itu, ianya juga mensasarkan golongan pelajar sekolah dan para remaja untuk mempertingkatkan nilai kesedaran mereka terhadap alam sekitar khususnya di dalam daerah Kuala Langat. Pihak LUAS telah mengadakan pameran serta memberikan taklimat mengenai kepentingan penjagaan sumber air di negeri Selangor di program tersebut.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26