Sabtu, Julai 20, 2019

PROGRAM PEMULIHARAAN SUMBER AIR MELALUI KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK

Pada 20 Oktober 2012 (Sabtu) yang lepas, bertempat di Balai Raya Kampung Delek, Klang pihak LUAS telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai kepentingan penjagaan sumber air dan kesedaran terhadap sumber air. Seramai 150 orang penduduk di kawasan tersebut terlibat semasa ceramah diadakan. Ceramah telah disampaikan oleh En. Mazlan Bin Idrus, Pegawai Kawalan Alam Sekitar seterusnya melancarkan Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak. Ceramah ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan fungsi dan peranan LUAS dalam penjagaan sumber air di Negeri Selangor.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26