Sabtu, September 21, 2019

SEMINAR KEMAJUAN PELAKSANAAN SKIM PELESENAN DAN CAJ ABSTRAKSI SUMBER AIR NEGERI SELANGOR

Pada 30 Januari 2013 (Rabu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menganjurkan Seminar Kemajuan Pelaksanaan Skim Pelesenan Dan Caj Abstraksi Sumber Air Negeri Selangor bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam. Seminar ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat, Pengarah LUAS. Objektif seminar ini adalah untuk memberikan maklumat serta keputusan terkini pihak kerajaan berhubung dengan pelaksanaan skim dan caj abstraksi sumber air di negeri Selangor kepada pemegang lesen, jabatan kerajaan, konsultan dan kontraktor serta semua pihak berkepentingan yang lain. seminar ini juga memberi penekanan kepada peraturan, garis panduan serta syarat-syarat berkaitan dengan abstraksi air bumi dan air permukaan dengan lebih efektif. 

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26