Isnin, Julai 22, 2019

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN MENANGANI MUSIM KEMARAU NEGERI SELANGOR

Pada 7 Februari 2013 (Khamis) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Menangani Musim Kemarau Negeri Selangor bertempat di Tingkat 14, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Md Khairi Bin Selamat, Pengarah LUAS. Objektif bengkel ini adalah bagi menyediakan satu garis panduan pengurusan tindakan, mekanisma dan perancangan interagensi bagi menyelaras dan menggerakkan usaha secara bersepadu dan sistematik untuk meminimakan risiko kekurangan air kepada komuniti dan memastikan bekalan air yang mencukupi bagi keperluan asas mereka ketika musim kemarau di Negeri Selangor serta menyediakan pangkalan data sumber air alternatif (air bumi, tasik dan bekas lombong) yang boleh digunakan untuk keperluan komuniti ketika kemarau.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26