Sabtu, Julai 20, 2019

PROGRAM PEMELIHARAAN TASIK

Pada 3 Mac 2013 (Sabtu) yang lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah mengadakan Program Pemeliharaan Tasik dan Gotong-Royong Komuniti Tasik Bandar Saujana Putra bertempat di Bandar Saujana Putra. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat. Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama antara LUAS, MDKL dan komuniti Taman Fasa 5 Bandar Saujana Putra dalam menjaga persekitaran tasik bekas lombong supaya kualiti airnya terpelihara sebagai sumber air, kawasan rekreasi dan pendidikan alam sekitar.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26