Isnin, September 16, 2019

Seminar Perubahan Iklim “Adaptation – Do or Fry?”

Pada 5hb Jun 2013 (Rabu) yang lepas, satu seminar Perubahan Iklim yang bertajuk “Adaptation – Do or Fry?” telah dianjurkan oleh pihak Centre For Environment, Technology and Development Malaysia (CETDEM).

Seminar satu hari bertempat di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dari pelbagai pihak mengenai usaha yang telah dilakukan dalam menangani isu perubahan iklim. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang diwakili oleh Pengarah, Tuan Haji Md Khairi bin Selamat telah dijemput untuk membentangkan satu (1) kajian kes mengenai Pengurusan Pantai Bersepadu yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Puan Norfaezah binti Shamsuddin, Jurutera dari Seksyen ICM juga hadir selaku peserta seminar yang turut menghimpunkan seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan/agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta.

 

Seterusnya, Pengarah LUAS turut dijemput menjadi ahli panel dalam sesi perbincangan yang diketuai oleh Encik Gurmit Singh selaku Pengerusi CETDEM. Sesi ini membincangkan mengenai kesan dan akibat sekiranya tiada sebarang usaha dilakukan bagi menangani isu perubahan iklim yang melanda seluruh dunia ketika ini.

 

 

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26