Sabtu, September 21, 2019

LAWATAN KERJA KE INSTITUT PENYELIDIKAN KEJURUTERAAN SUNGAI DAN SALIRAN BANDAR (REDAC), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) DAN MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP)

Pada 26 Jun 2013 - 29 Jun 2013 yang lepas, pihak LUAS telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Pulau Pinang. Seramai 36 orang pegawai terlibat dalam lawatan kerja ini. Lawatan ini bertujuan memberi pemahaman kepada pegawai yang terlibat berkenaan Kajian Garis Panduan Pengurusan Pasir di Malaysia dan mempelajari kaedah pengurusan sumber air di Pulau Pinang dengan mengambil kira kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pihak REDAC.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26