Rabu, November 20, 2019

PROGRAM PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Pada 6 Julai 2013 (Sabtu) yang lalu, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Sabak Bernam telah mennganjurkan Program Pemuliharaan Alam Semulajadi bertempat di Kawasan Konservasi Kelip-Kelip, Sungai Pakeh, Sungai Panjang, Sabak Bernam. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Sallehin Bin Mukhyi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Selangor. Sebanyak 500 pokok berembang berjaya ditanam pada program tersebut.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26