Sabtu, Julai 20, 2019

KEMPEN RAMADHAN MAMPAN

Pada 28 Julai 2013 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak kepada peniaga-peniaga bazar ramadhan. Kempen Ramadhan Mampan yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.Program ini telah diadakan di Taman Banting Baru, Kuala Langat. Wakil LUAS, En. Mazlan Bin Idrus, Pegawai Kawalan Alam Sekitar telah menyampaikan ceramah kepada peniaga-peniaga bazaar Ramadhan mengenai kepentingan kitar semula sisa minyak masak.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26