Sabtu, September 21, 2019

MAKLUMAN TERKINI

Sukacita dimaklumkan, kesemua loji pembersihan air di Sg. Selangor telah mula beroperasi seperti biasa pada jam 12.30 tengah malam 31 Ogos 2013. Kerja-kerja pembersihan pencemaran tumpahan minyak di Sg. Selangor telah pun selesai dilakukan pada jam 2.30 pagi hari yang sama. Keadaan Sg. Selangor telah pulih seperti biasa dan kesemua loji kembali beroperasi untuk membekalkan air terawat kepada pengguna. Bekalan tersebut mengambil masa sehingga 2 ke 3 hari untuk pulih 100%. Sebarang maklumat berkenaan gangguan bekalan air di kawasan tuan/puan boleh dimajukan kepada pihak SYABAS untuk tindakan lanjut. Terima kasih.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26