Selasa, Julai 23, 2019

PROGRAM PEMULIHARAAN SUMBER AIR MELALUI KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK

Pada 15 September 2013 (Ahad) yang lepas, bertempat di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, pihak LUAS telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak bersempena dengan Program Anak Angkat Pili Bomba Dan Pelancaran Program Indah Persekitaran Peringkat Daerah Hulu Selangor yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Wakil LUAS, En. Mazlan Bin Idrus, Pegawai Kawalan Alam Sekitar, telah menyampaikan ceramah kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

 

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26