Selasa, Julai 23, 2019

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU

Pada 21 September 2013 (Sabtu) yang lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Puncak Niaga Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Penanaman Pokok Bakau bertempat di Hutan Simpan Telok Gong, Pelabuhan Klang. Sebanyak 350 batang anak pokok bakau telah ditanam. Program ini bertujuan mendidik serta memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan tumbuhan berkenaan kepada kestabilan kawasan pantai.  

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26