Sabtu, September 21, 2019

PROGRAM PENCARIAN KELUARGA HARMONI

Pada 27 Oktober 2013 (Ahad) yang lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyertai pameran dan menyampaikan taklimat Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak bersempena dengan Program Pencarian Keluarga Harmoni yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertempat di Dewan Hamid Tuah, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang. Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor. Pengunjung yang datang ke 'booth' pameran LUAS secara tidak langsung dapat mengetahui mengenai maklumat dan informasi mengenai kepentingan penjagaan sumber air di Negeri Selangor.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26