Isnin, Julai 22, 2019

LAWATAN KAKITANGAN KUMPULAN SOKONGAN KE SEPANG GOLDCOAST

Pada 21 November 2013 (Khamis) yang lepas, telah diadakan lawatan kakitangan kumpulan sokongan LUAS ke Sepang Goldcoast. Lawatan ini terdiri daripada 56 orang kakitangan LUAS bertujuan untuk memahami konsep pembangunan yang dijalankan oleh pihak SGC yang mengambilkira kesan terhadap alam sekitar di kawasan pesisir pantai Sepang. Selain itu, lawatan ini juga bagi mengetahui kaedah yang digunakan oleh pihak SGC dalam menangani masalah hakisan pantai yang serius serta meninjau aktiviti rekreasi yang dijalankan oleh pihak SGC.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26