Tuesday, November 19, 2019

Program Sayangi Pantai 2011

There are no translations available.

Pada 29 Oktober 2011 (Sabtu) yang lalu, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Program Sayangi Pantai 2011 bertempat di Pantai Remis, Jeram. Program ini juga melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA), Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dan pelbagai agensi lain. LUAS juga turut terlibat di dalam program ini dan telah menghantar seramai 15 orang kakitangan. Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang pemeliharaan pantai dan juga kebersihan kawasan sekitarnya. Program ini juga memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta program yang terlibat.

Last Update on : Wednesday, 11 January 2017 11:26